Saturday, March 16, 2013

Mulakan semula demi masa depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah bertahun tak update blog ni, baru la saya update. Ada sedikit merajuk kerana tidak dapat meneruskan projek ternakan ayam  belanda saya. Disebabkan kekangan modal, saya stop. Pelbagai masalah terutama biawak yang makan telur. Tapi pada masa itu, pemikiran saya tidak sematang sekarang, try & error. Projek ternakan ayam belanda tidaklah sesusah yang disangka. Ada pasaran, bukannya tiada. Potensinya juga tinggi. Jadi, saya akan mula update blog ini dari semasa ke semasa kerana saya rasa penting untuk saya kongsikan pengetahuan mengenai penternakan ayam belanda atau ayam piru ini seperti yang saya kongsikan dalam blog Projek Kambing Muda saya.

Jadi, post-post saya sebelum ini, telah saya revert kepada draf, supaya saya dapat susun semula blog saya ini yang telah bersawang. daripada nama blog Ayam Belanda Kluk Kluk, kepada Ayam Belanda Jenal, dan sekarang Projek Ternakan Ayam Belanda. biar nampak lebih gah. Alamat blog juga telah saya tukar kepada http://projekayambelanda.blogspot.com/

Saya rasa ada persamaan antara ayam belanda dan kambing yang membuat saya berminat dengan kedua-dua livestock ini. itu akan saya kongsikan serba sedikit nanti kenapa saya berminat dengan ternakan ayam belanda dulu dan tetap berminat sekarang. cuma sekarang saya fokus kepada kambing.

Jadi, untuk post pertama yang telah sekian lama ini, saya nak kongsi sedikit petua semasa membeli anak ayam belanda. Jika tuan-tuan yang baru nak mula atau nak tambah stok, dinasihatkan tuan-tuan untuk membeli anak ayam belanda yang telah mula tumbuh bulu pelepah. kerana anak ayam sudah cukup kuat terutama menghadapi masalah nyamuk. Jika nyamuk gigit, anak ayam akan terkena puru, akan jadi masalah bila keadaan menjadi serius. beli anak ayam belanda yang sudah berbulu pelepah tidak bermakna anak ayam belanda tu akan terlepas puru atau penyakit lain, tidak sama sekali. cuma kita nak anak ayam belanda itu, memulakan hidup dengan baik di tempat baru iaitu di reban kita dengan keadaan yang baik dan sihat. untuk kes puru, gunakan minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng, dan sapu dia bahagian yang terkena puru, insya Allah, puru itu akan menjadi masak, mereput dan akan luruh sendiri.

sekian sahaja untuk setakat ini. Daging ayam belanda lebih berkhasiat daripada ayam daging broiler. fikir-fikirkan, mulakan projek ternakan ayam belanda anda. belajar dari Google, belajar dari penternak. jemput join group Facebook, Kelab Penternak Ayam Belanda. terima kasih.