Thursday, June 13, 2013

Ayam Belanda Di Pasaran Tidak Halal - 2006


Jakim: Semua Produk Ayam Belanda Tidak Halal Mulai Semalam

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan Isnin semua produk ayam belanda serta produk hilirannya di pasaran sekarang tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata ini kerana kerajaan telah meluluskan kemasukan produk ayam Belanda tidak halal khusus bagi sambutan Krismas dan sambutan tahun baru 2007.

"Sehubungan itu, semua ayam belanda yang diimport yang berada di pasaran mulai 19 November (semalam) adalah tidak halal," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata bagi menggelakkan kekeliruan kepada pengguna Islam, jabatan itu telah menyediakan satu prosedur khusus kepada semua pasaraya yang mengendali produk tersebut.

"Antaranya adalah arahan supaya meletakkan pelekat tidak halal pada setiap bungkusan produk berkenaan," katanya.

-- BERNAMA 


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Petikan berita di atas ialah mengenai kes ayam belanda di pasaran tidak halal pada tahun 2006. Cerita 7 tahun dulu. Ayam belanda yang diimport pada waktu itu adalah untuk sambutan Krismas dan tahun baru. Walaupun ayam belanda di Malaysia tidak popular seperti ayam daging, namun begitu, stok ayam belanda tempatan tidak dapat menampung permintaan dalam Malaysia. Kenapa ini berlaku? Ini adalah kerana majoriti penternak tempatan menternak pada skala kecil sahaja. Amat sedikit yang menternak dengan skala sederahana dan besar akibat kurang keyakinan terhadap potensi ayam belanda ini.

Kos penternakan ayam belanda yang tinggi, dan persaingan yang hebat dengan ayam menyebabkan penternak sukar untuk bergerak lebih jauh dengan ternakan ayam belanda. Walaupun ayam belanda mempunyai khasiat yang lebih daripada ayam, ayam belanda masih tidak popular. Ini kerana tiada pendedahan yang sewajarnya diberikan kepada masyarakat.

Walaupun terdapat restoran yang menjual lauk ayam belanda, ia hanya boleh diperolehi di kedai makan eksotik atau di kedai mamak sahaja. Ayam belanda amat digemari oleh kaum India, dan semestinya menjadi juadah utama bagi penyambut hari kesyukuran dan krismas. Sekarang kenduri kendara orang Melayu juga sudah mula memilih ayam belanda sebagai salah satu menu lauk pauk.

Promosi perlu giat dijalankan. Penganjuran MAHA adalah salah satu cara yang sangat baik untuk penternak ayam belanda mempromosikan ayam belanda ini. Pihak JPV Pulau Pinang juga pernah membuat kursus ternakan ayam belanda ini kerana Pulau Pinang merupakan antara negeri yang popular dengan ayam belanda atau ayam piru.

Bagaimana untuk kita mempromosikan ayam belanda ini supaya boleh pergi lebih jauh? Saya mempunyai beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan.
  1.  Wujudkan persatuan penternak ayam belanda. Di sini, ahli akan berbincang dan mengatasi masalah bersama-sama beserta memasarkan produk ayam belanda.
  2. Kita perlukan penternak yang berskala besar, supaya dapat menampung permintaan pasaran tempatan.
  3. Kita perlukan panduan untuk menternak ayam belanda. Yakni GAHP ayam belanda. Ramai penternak kecil-kecilan gagal dalam penternakan ayam belanda kerana tidak mempunyai panduan yang lengkap untuk menternak.
  4. Adakan kursus-kursus penternakan ayam belanda.
  5. Lawatan ke ladang-ladang ternakan ayam belanda.
  6. Jualan di pasar-pasar.
  7. Menghasilkan produk makanan berasaskan daging ayam belanda seperti roti inti ayam belanda.
  8. Ayam belanda bukan sahaja bagus dari segi dagingnya, malahan banyak produk hiliran yang dapat dihasilkan seperti kraftangan bulu ayam belanda. Najis ayam belanda juga boleh digunakan untuk menjana elektrik seperti yang telah dilaksanakan di luar negara.
  9. Menjadikan ayam belanda sebagai salah satu lauk untuk majlis-majlis keramaian seperti kenduri dan sebagainya.
  10. Menyediakan lebih peluang dan bantuan kepada penternak ayam belanda.
Saya yakin, jika pendedahan sewajarnya diberikan kepada penternak ayam belanda ini, industri ternakan ayam belanda akan terus bergerak maju ke hadapan. Sekian sahaja dari saya, terima kasih.

Saturday, March 16, 2013

Mulakan semula demi masa depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah bertahun tak update blog ni, baru la saya update. Ada sedikit merajuk kerana tidak dapat meneruskan projek ternakan ayam  belanda saya. Disebabkan kekangan modal, saya stop. Pelbagai masalah terutama biawak yang makan telur. Tapi pada masa itu, pemikiran saya tidak sematang sekarang, try & error. Projek ternakan ayam belanda tidaklah sesusah yang disangka. Ada pasaran, bukannya tiada. Potensinya juga tinggi. Jadi, saya akan mula update blog ini dari semasa ke semasa kerana saya rasa penting untuk saya kongsikan pengetahuan mengenai penternakan ayam belanda atau ayam piru ini seperti yang saya kongsikan dalam blog Projek Kambing Muda saya.

Jadi, post-post saya sebelum ini, telah saya revert kepada draf, supaya saya dapat susun semula blog saya ini yang telah bersawang. daripada nama blog Ayam Belanda Kluk Kluk, kepada Ayam Belanda Jenal, dan sekarang Projek Ternakan Ayam Belanda. biar nampak lebih gah. Alamat blog juga telah saya tukar kepada http://projekayambelanda.blogspot.com/

Saya rasa ada persamaan antara ayam belanda dan kambing yang membuat saya berminat dengan kedua-dua livestock ini. itu akan saya kongsikan serba sedikit nanti kenapa saya berminat dengan ternakan ayam belanda dulu dan tetap berminat sekarang. cuma sekarang saya fokus kepada kambing.

Jadi, untuk post pertama yang telah sekian lama ini, saya nak kongsi sedikit petua semasa membeli anak ayam belanda. Jika tuan-tuan yang baru nak mula atau nak tambah stok, dinasihatkan tuan-tuan untuk membeli anak ayam belanda yang telah mula tumbuh bulu pelepah. kerana anak ayam sudah cukup kuat terutama menghadapi masalah nyamuk. Jika nyamuk gigit, anak ayam akan terkena puru, akan jadi masalah bila keadaan menjadi serius. beli anak ayam belanda yang sudah berbulu pelepah tidak bermakna anak ayam belanda tu akan terlepas puru atau penyakit lain, tidak sama sekali. cuma kita nak anak ayam belanda itu, memulakan hidup dengan baik di tempat baru iaitu di reban kita dengan keadaan yang baik dan sihat. untuk kes puru, gunakan minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng, dan sapu dia bahagian yang terkena puru, insya Allah, puru itu akan menjadi masak, mereput dan akan luruh sendiri.

sekian sahaja untuk setakat ini. Daging ayam belanda lebih berkhasiat daripada ayam daging broiler. fikir-fikirkan, mulakan projek ternakan ayam belanda anda. belajar dari Google, belajar dari penternak. jemput join group Facebook, Kelab Penternak Ayam Belanda. terima kasih.